PANDUAN
UMUM MEMBINA MANIFESTO PILIHAN RAYA
APA ITU MANIFESTO?
Satu pernyataan, janji atau deklarasi secara bertulis yang
digunakan oleh seseorang calon semasa kempen pilihan raya bagi mendapat
perhatian, simpati dan sokongan pengundi.
Secara mudahnya, manifesto adalah langkah-langkah atau tindakan yang
calon ingin laksanakan setelah menang dalam pilihan raya.
APAKAH CIRI-CIRI MANIFESTO YANG BAIK?
1.
Mengambil kira isu-isu semasa yang berlaku
dalam kalangan ahli PERUBATAN
2.
Berfokus dan mengutamakan prioriti. Sebagai
contoh, jika seseorang calon bertanding di kerusi Ahli Jawatankuasa Tertinggi
PERUBATAN Cawangan, maka manifesto beliau sebaiknya merangkumi cakupan umum
PERUBATAN Cawangan atau khusus kepada sesuatu Biro.
3.
Ringkas dan padat.
4.
Menggunakan struktur ayat dan ejaan yang betul.
5.
Menggunakan kata kerja pada permulaan
manifesto. Sebagai contoh, “Meningkatkan
sumber kewangan Biro Ekonomi dengan mewujudkan gerai makanan BIKON setiap
minggu.”
6.
Sebagai konklusi, manifesto perlulah mempunyai
ciri-ciri “SMART”:
S: Specific (spesifik)
M: Measurable (boleh diukur)
A: Achievable (boleh dicapai)
R: Realistic (realiti, berpijak
di bumi nyata)
` T: Time bound (mempunyai tempoh
masa)
APAKAH UNSUR-UNSUR YANG PERLU DIELAKKAN?
1.
Menggunakan ayat-ayat jargon atau bahasa pasar
yang sukar difahami.
2.
Mengutuk atau menghina mana-mana pihak termasuk
pihak lawan. Sebagai contoh, “Mengukuhkan hubungan PERUBATAN Cawangan dengan
pihak universiti yang tidak berjaya
dilaksanakan oleh pimpinan PERUBATAN Cawangan sehingga ke hari ini.”
3.
Ayat manifesto yang terlalu panjang dan
mempunyai banyak kata adjektif. Sebagai contoh, “Mewujudkan jawatankuasa untuk
memastikan markas PERUBATAN Cawangan sentiasa
bersih, indah, cantik dan selesa untuk digunakan oleh ahli PERUBATAN Cawangan keseluruhannya
pada sepanjang masa.”
4.
Memberikan manifesto yang terlalu sukar untuk
dilaksanakan atau idealistik. Sebagai contoh, “Mengukuhkan peranan JAKSI
PERUBATAN dengan menempatkan pihak polis
tempatan serta Jabatan Kebajikan Masyarakat di kawasan-kawasan petempatan
pelajar Malaysia.”
No comments:
Post a Comment