Sunday, December 8, 2013

Muhammad: Inspirasi Sepanjang Zaman

1400 tahun dahulu lahirnya pendokong Islam yang hebat, namanya Muhammad.

Baginda insan pilihan Rabbu Jalil ,merupakan satu sosok pimpinan penuh teladan bertepatan dengan kehadiran baginda sebagai Rahmatan Lil Alamin . Kepimpinan yang ada pada diri baginda bukan sahaja sebagai pemimpin Negara, bahkan pemimpin keluarga yang baik , sahabat yang baik malah tetangga yang baik. Wajar sekali kita sebagai u
matnya untuk mencontohi baginda. Sebagai mana firman Allah Taala,

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (Q.S. Alahzab: 21)

Kehadiran baginda ditengah umat menyerlahkan keadilan dan kebijaksanaan dalam urusan. Ini tercatat dalam sirah , Baginda digelar Al-amin dan diberi kepercayaan untuk mengadili urusan meletakkan batu Hajarul Aswad ditempatnya seterusnya mendamaikan pertikaiaan antara puak ketika itu. Keadilan baginda tidak terbatas kepada umat Islam sahaja tetapi juga untuk yang bukan Islam. Ini terbukti dalam sejarah penghasilan Piagam Madinah oleh Baginda.

Baginda insan pilihan Rabbu Jalil ,merupakan satu sosok pimpinan penuh teladan. Pada diri baginda terdapat keindahan akhlak yang sangat mempesonakan. Kejayaan pimpinan Baginda Nabi Muhammad saw menjadi seorang pemimpin umat yang tidak hanya sebagai Rasul, banyak didasarkan pada nilai-nilai akhlak, yang meliputi nilai-nilai utama dalam kepribadian, tabiat, akhlak, pembawaan dan sebagainya. Nabi Muhammad merupakan cerminan dari al-Quran.

Saidatina Aisyah r.h ketika ditanya tentang akhlak (perilaku) Rasulullah saw. menjawab, “Akhlaknya adalah al-Quran”.

Melalui baginda juga telah diajarkan sifat pimpinan yang cemerlang dimana seorang pemimpin yang hatinya hidup akan selalu merindukan kebaikan, keselamatan, kebahagiaan bagi yang dipimpinnya.

Sabda Rasulullah saw. “Sebaik-baik pemimpin kalian ialah yang kalian mencintainya dan dia mencintai kalian. Dia mendoakan kebaikan kalian dan kalian mendoakannya kebaikan. Sejelek-jelek pemimpin kalian ialah yang kalian membencinya dan ia membenci kalian. Kalian mengutuknya dan ia mengutuk kalian.”

Demikian itu, untuk memilih pimpin yang yang dicintai dan dihormati bukanlah hanya berdasarkan populatitinya, nama mahupun rupa paras tetapi apa yang penting adalah kemampuannya al-Qawiy (kuat atau mampu) dan al-Amin (amanah atau bertakwa).

“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).

Melalui baginda Nabi telah telah diajarkan sifat pimpinan yang cemerlang dimana seorang pemimpin yang hatinya hidup akan selalu merindukan kebaikan, keselamatan, kebahagiaan bagi yang dipimpinnya.
Sabda Rasulullah saw. “Sebaik-baik pemimpin kalian ialah yang kalian mencintainya dan dia mencintai kalian. Dia mendoakan kebaikan kalian dan kalian mendoakannya kebaikan. Sejelek-jelek pemimpin kalian ialah yang kalian membencinya dan ia membenci kalian. Kalian mengutuknya dan ia mengutuk kalian.”

Pemimpin yang baik adalah yang bertanggungjawab dan kasih kepada orang yang dipimpinnya. Manakala fikirannya yang berpandangan jauh boleh membantunya menghalusi kebajikan ahlinya. Ketokohan yang ada pada diri baginda inilah yang perlu kita teladani bagi mencari pemimpin bagi komuniti kita pula. Mencari pemimpin adalah penting kerana sehingga baginda sendiri menyarankan umatnya untuk mencari pemimpin walaupun untuk tujuan bermusafir.

Perlu diingat bahawa pemilihan pemimpin amatlah penting bagi menjamin kemaslahatan semua yang berada dalam komuniti tersebut. Tidak wajar sekali jikalau pilihan yang dibuat hanyalah berdasarkan atas paras rupa dan sebaris namanya sahaja.

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

Lantas kesan undi yang diberi harus dihalusi akan kesannya kepada komuniti jikalau pemilihan yang sambil lewa diberikan kepada mereka yang lemah.

Berkata Imam Ibnu Taimiyah Rahimullahu Ta’ala, “ Wajiblah diketahui bahawa mentadbir urusan muslimin, merupakan kewajiban agama yang paling besar. Malah urusan agama dan dunia tidak akan dapat dilaksanakan tanpanya. Sesungguhnya kemaslahatan keturunan Adam tidak akan sempurna melainkan dengan perkumpulan, di mana sebahagiannya berhajat kepada bantuan sebahagian yang lain. Apabila mereka berhimpun, mereka perlu kepada seseorang yang memimpin.”

Kredit: Asiah Ummu Hasniah bt Md Abu Hassan
Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan(JPC) Zagazig

No comments:

Post a Comment