Syarat Pencalonan


Sila baca syarat-syarat pencalonan serta syarat-syarat berkempen dibawah sebelum anda mengisi borang pencalonan.

SYARAT-SYARAT PENCALONAN

  1. Calon,Pencadang dan Penyokong mestilah ahli PERUBATAN yang matang, iaitu telah berada dan belajar di Mesir untuk tempoh genap setahun sesi PERUBATAN pada tarikh pencalonan serta telah mengisi borang keahlian PERUBATAN.
  2. Calon,Pencadang dan Penyokong hendaklah menyemak semula keahlian PERUBATAN dan menjelaskan yuran sebelum membuat pencalonan.
  3. Calon,Pencadang dan Penyokong mestilah:
                                i.            Tidak terlibat dalam politik wang
                              ii.            Tidak terlibat dalam kes khalwat atau zina
                            iii.            Tidak mengambil dadah
                             iv.            Tidak minum arak
                               v.            Tidak terlibat dengan sebarang ajaran sesat
                             vi.            Tidak terlibat dengan sebarang kegiatan atau aktiviti yang menyalahi etika seorang pelajar muslim selepas merujuk Penasihat Agama PERUBATAN berpandukan al-quran dan as-sunnah.
4.      Individu yang tidak boleh dicalonkan untuk bertanding ialah Ahli Jawatankuasa Tertinggi/Ahli jawatankuasa yang kekal iaitu seramai 4 orang dan juga semua ahli JPP.
  1. Jumlah borang bagi pencalonan adalah dihadkan dan dicop (biru) dengan cop rasmi PERUBATAN.
  2. Setiap individu hanya boleh dicalonkan sekali sama ada untuk jawatan Presiden/Timbalan Presiden 2 atau Ahli Jawatankuasa Tertinggi. [PERUBATAN pusat]
  3. Setiap individu hanya boleh dicalonkan sekali sama ada untuk jawatan Pengerusi/Timbalan Pengerusi 2 atau Ahli Jawatankuasa. [PERUBATAN cawangan]
  4. Setiap individu hanya dibenarkan untuk membeli SATU borang sahaja.
  5. Setiap individu hanya boleh mencadangkan SEKALI sahaja.
  6. Pencalonan hanya boleh dilakukan di lokasi yang disediakan.
  7. Calon,Pencadang serta Penyokong mestilah hadir pada hari pencalonan untuk menandatangani borang dihadapan pegawai JPP.
  8. Setiap individu yang membeli borang tetapi tidak menghantar pada hari pencalonan akan dikenakan denda sebanyak LE50.
  9. Pencalonan untuk jawatankuasa PERUBATAN pusat dibuka kepada semua ahli PERUBATAN.
  10. Pencalonan untuk jawatankuasa PERUBATAN cawangan hanya dibuka kepada semua ahli di cawangan masing-masing.
  11. Borang pencalonan jawatan Presiden/Pengerusi hanya dikeluarkan sebanyak 5 borang.
  12. Borang pencalonan jawatan Timbalan Presiden/Timbalan Pengerusi 2 hanya dikeluarkan sebanyak 5 borang.
  13. Borang pencalonan jawatan Ahli Jawatankuasa Tertinggi/Ahli Jawatankuasa akan dikeluarkan sebanyak 20 borang setiap lelaki dan perempuan.
  14. Borang pencalonan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden 2 akan dijual dengan harga LE 10.
  15. Borang pencalonan jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi 2 dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi akan dijual dengan harga LE 8.
  16. Borang pencalonan Ahli Jawatankuasa akan dijual dengan harga LE 5.
  17. Borang pencalonan boleh dibeli pada ___________________ dan dihantar selewat-lewatnya pada ______________________.
  18. Penyerahan borang pencalonan akan ditolak setelah tamat waktu yang ditetapkan (hari pencalonan)
  19. Setiap pembetulan borang pencalonan mestilah dibuat di hadapan pegawai JPP.
  20. Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh pihak JPP adalah muktamad.

 
SYARAT-SYARAT BERKEMPEN

  1. Tidak dibenarkan menggunakan sebarang logo atau lambang mana-mana pertubuhan lain selain daripada PERUBATAN.
  2. Tidak dibenarkan menggunakan mana-mana pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan Mesir.
  3. Tidak dibenarkan menimbulkan isu yang boleh menimbulkan perpecahan di kalangan mahasiswa atau mahasiswi.
  4. Poster bercetak adalah dibenarkan dengan syarat:
4.1  salinan hendaklah dihantar kepada JPP terlebih dahulu untuk semakan
4.2  hendaklah bercop PERUBATAN
4.3  hanya diedarkan di markaz PERUBATAN, BKAN, DMAK, dan rumah-rumah ahli sahaja
4.4  hanya boleh ditampal pada bahagian yang disediakan di premis-premis yang dibenarkan
5.      Rapat umum oleh calon hanya boleh menggunakan pentas pengenalan calon yang disediakan oleh JPP sahaja.
6.      Promosi calon oleh penyokong didalam sebarang program PERUBATAN mestilah meminta izin daripada penganjur majlis.
  1. Sebarang sogokan wang adalah tidak dibenarkan sama sekali.
  2. Kempen hanya dibenarkan selepas JPP mengumumkan calon yang akan bertanding.
  3. Setiap kempen tidak dibenarkan menyentuh sensitiviti mana-mana calon lain yang
       bertanding.
  1.  Mana-mana Calon,Pencadang atau Penyokong yang didapati melanggar syarat-syarat berkempen akan dikenakan tindakan oleh pihak JPP.
  2.  Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh pihak JPP adalah muktamad.

SYARAT-SYARAT MENGUNDI

* Pengundian PERUBATAN Cawangan

1.      Semua ahli PERUBATAN cawangan yang matang, iaitu telah berada dan belajar di Mesir untuk tempoh genap setahun sesi PERUBATAN pada tarikh pencalonan serta telah mengisi borang keahlian PERUBATAN layak untuk mengundi.
  1. Pemilih akan menyemak semula kelayakan mengundi sebelum membuang undi.
  2. Pemilih membuang undi di saluran-saluran yang disediakan.
  3. Kertas pengundian adalah standard dan bernombor siri di semua peringkat.

*Pengundian PERUBATAN Pusat
1.      Semua ahli PERUBATAN pusat yang matang, iaitu telah berada dan belajar di Mesir untuk tempoh genap setahun sesi PERUBATAN pada tarikh pencalonan serta telah mengisi borang keahlian PERUBATAN layak untuk mengundi.
2.      Bagi ahli PERUBATAN cawangan, hanya nama yang tersenarai sebagai perwakilan layak untuk mengundi.
3.      Tempat pengundian dibuka di Kaherah dan juga cawangan.
  1. Pemilih akan menyemak semula kelayakan mengundi sebelum membuang undi.
  2. Kertas pengundian adalah standard dan bernombor siri di semua peringkat.


SYARAT-SYARAT PEMBANTAHAN

1.      Bantahan terhadap seseorang calon boleh dilakukan jika calon tersebut melanggar atau tidak mematuhi syarat-syarat pencalonan atau syarat-syarat kempen.
2.      Setiap individu yang ingin membuat bantahan terhadap calon perlulah membawa bersamanya saksi serta bukti untuk mengisi borang bantahan di hadapan pegawai JPP.
3.      Borang bantahan boleh dibeli daripada pegawai JPP dengan harga LE 30.
4.      Sebarang keputusan daripada JPP adalah muktamad.


No comments:

Post a Comment