Saturday, December 21, 2013

STATISTIK KEPUTUSAN PILIHANRAYA PCS 2014/2015

STATISTIK KEPUTUSAN PILIHANRAYA PCS 2014/2015 
AJKT IKHWAH 

1) ABDULLAH AQIEL BIN AMINUDDIN 
PERATUSAN : 53/55 = 96.4% 

2) MUHAMMAD ARIF BIN MOHD ZAHARI 
PERATUSAN : 52/53 = 94.6% 

3) MUHAMMAD ADWAM BIN ISMAIL 
PERATUSAN : 50/55 = 90.9% 

4) MOHAMAD FAIZ BIN RAHIM 
PERATUSAN : 50/55 = 90.9% 

5) MUHAMMAD HAYYAN AFFIQ BIN MUHAMMAD LUTFI 
PERATUSAN : 49/55 = 89 % 

6) MOHAMAD FAIZ BIN ROSLI 
PERATUSAN : 47/55 = 85% 

7) MOHD KHAIRIL ASYRAF BIN MUHAMMAD FISAL 
PERATUSAN : 42/55 = 76.3 % 

8) RUSYDI AMIN BIN YUSOF 
PERATUSAN : 35/55 = 63.6% 

9) MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN SUHAINI 
PERATUSAN : 33/55 = 60% 

10) MUHAMMAD ANWAR RIDZWAN BIN ABD HARIS 
PERATUSAN : 29/55 = 52% 

STATISTIK AJKT IKHWAH 
UNDI KESELURUHAN: 61 
UNDI ROSAK: 6 
UNDI BERSIH: 55 

STATISTIK AHLI MATANG PCS KELUAR MENGUNDI 
KELUAR MENGUNDI: 61 
JUMLAH AHLI PCS YANG LAYAK MENGUNDI: 176 
PERATUSAN: 34.6% 


Thursday, December 19, 2013

MAKLUMAN HARI PENGUNDIAN : JUMAAT 20 DISEMBER

PILIHANRAYA HANYA MELIBATKAN CALON AJKT IKHWAH SAHAJA maka hanya ahli IKHWAH SAHAJA yang terlibat dalam proses pengundian. Setiap yang turun mengundi mestilah memilih HANYA 8 ORANG CALON AJKT SAHAJA.




MAKLUMAN CARA PENGUNDIAN


MAKLUMAN : SENARAI CALON FASA 2

Sempena dengan Hari Pilihanraya PERUBATAN Cawangan Ain Shams Jumaat ini, di sini kami JPC PCS sukacita menyenaraikan semula senarai calon yang layak bertanding selepas tamat tempoh bantahan.Buat pengetahuan semua, SEMUA CALON LAYAK BERTANDING. Berikut merupakan senarai calon :

CALON MTP (AKHAWAT)


CALON PENGERUSI


CALON TIMBALAN PENGERUSI


CALON AJKT (IKHWAH)


CALON AJKT (AKHAWAT)


Wednesday, December 11, 2013

MAKLUMAN : SENARAI CALON-CALON FASA I

Berikut adalah calon-calon yang telah menghantar borang pada hari pencalonan iaitu pada 11 Disember 2013.

CALON MTP 2014/2015

CALON PENGERUSI PCS 2014/2015

CALON TIMBALAN PENGERUSI PCS 2014/2015

SENARAI CALON AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PCS 2014/2015
(MAHASISWA)


SENARAI CALON AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PCS 2014/2015
(MAHASISWI)



Sunday, December 8, 2013

Jualan Borang Pencalonan


KENYATAAN RASMI : Pilihanraya Umum PERUBATAN 2013



بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Berkata Imam Ibnu Taimiyah Rahimullahu Ta’ala, “Wajiblah diketahui bahawa mentadbir urusan muslimin, merupakan kewajiban agama yang paling besar. Malah urusan agama dan dunia tidak akan dapat dilaksanakan tanpanya. Sesungguhnya kemaslahatan keturunan Adam tidak akansempurna melainkan dengan perkumpulan, di mana sebahagiannya berhajat kepada bantuan sebahagian yang lain. Apabila mereka berhimpun, mereka perlu kepada seseorang yang memimpin.”
Hal ini seiring dengan sabda baginda Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wasallam, maksudnya, “Apabila tiga orang keluarbermusafir maka lantiklah dari kalangan mereka seorang untuk menjadi ketua.”
Mengekalkan sistem pencalonan
Sebagai sebuah badan bebas yang bernaung di bawah PERUBATAN, Jawatankuasa Pilihan Raya PERUBATAN (JPP) 2013 bertanggungjawab untuk memastikan proses pemilihan Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) dan Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan (JKTPC) sesi 2014/2015 berjalan dengan lancar. Pada tahun ini, JPP akan mengguna pakai sistem ‘Pencalonan’ sebagaimana yang telah diamalkan 3 tahun kebelakangan ini. Melalui sistem ini, calon yang layak bertanding perlulah mendapat cadangan dan sokongan dari individu yang lain. Ahli PERUBATAN juga akan melalui beberapa fasa pilihanraya.  Antaranya fasa pencalonan, fasa kempen dan bantahan, dan akhirnya pengundian.
Pilihan Raya PERUBATAN Cawangan Ain Shams
Setelah meneliti dari pelbagai aspek, pihak Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) Ain Shams telah menetapkan beberapa tarikh penting bagi menjayakan pilihanraya cawangan di Ain Shams.
Butiran adalah seperti berikut:
Perkara Tarikh
Jualan Borang Pencalonan 9-11 Disember 2013
Hari Pencalonan 11 Disember 2013
Pengumuman Senarai Calon Fasa I 11 Disember 2013
Tempoh Kempen & Bantahan 11-19 Disember 2013
Pengumuman Calon Fasa  di Program Khas 13 Disember 2013
Pengumuman Senarai Calon Fasa II 19 Disember 2013
Hari Pengundian Ain Shams 20 Disember 2013
Pengumuman Keputusan Pilihan Raya 21 Disember 2013

Seruan kepada Ahli
Tugas melantik pimpinan merupakan tanggungjawab bersama.Justeru pihak kami menyeru semua ahli PERUBATAN Cawangan Ain Shams untuk turut serta dan sama-sama melibatkan diri sepanjang berlangsungnya proses pilihan raya pada bulan ini. Seterusnya, menjayakan sasaran kami agar sekurang-kurangnya 75% ahli PERUBATAN turun mengundi di peringkat cawangan masing-masing. Kuasa di tangan anda, sentiasalah amanah dalam mengendalikannya.
Wallahuta’alaa’lam.
“Berkat, Telus dan Cekap”

Yang menjalankan tugas,


















AMIRUL FIKRI BIN BADRUL HISHAM
Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC)
PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2013

Muhammad: Inspirasi Sepanjang Zaman

1400 tahun dahulu lahirnya pendokong Islam yang hebat, namanya Muhammad.

Baginda insan pilihan Rabbu Jalil ,merupakan satu sosok pimpinan penuh teladan bertepatan dengan kehadiran baginda sebagai Rahmatan Lil Alamin . Kepimpinan yang ada pada diri baginda bukan sahaja sebagai pemimpin Negara, bahkan pemimpin keluarga yang baik , sahabat yang baik malah tetangga yang baik. Wajar sekali kita sebagai u
matnya untuk mencontohi baginda. Sebagai mana firman Allah Taala,

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (Q.S. Alahzab: 21)

Kehadiran baginda ditengah umat menyerlahkan keadilan dan kebijaksanaan dalam urusan. Ini tercatat dalam sirah , Baginda digelar Al-amin dan diberi kepercayaan untuk mengadili urusan meletakkan batu Hajarul Aswad ditempatnya seterusnya mendamaikan pertikaiaan antara puak ketika itu. Keadilan baginda tidak terbatas kepada umat Islam sahaja tetapi juga untuk yang bukan Islam. Ini terbukti dalam sejarah penghasilan Piagam Madinah oleh Baginda.

Baginda insan pilihan Rabbu Jalil ,merupakan satu sosok pimpinan penuh teladan. Pada diri baginda terdapat keindahan akhlak yang sangat mempesonakan. Kejayaan pimpinan Baginda Nabi Muhammad saw menjadi seorang pemimpin umat yang tidak hanya sebagai Rasul, banyak didasarkan pada nilai-nilai akhlak, yang meliputi nilai-nilai utama dalam kepribadian, tabiat, akhlak, pembawaan dan sebagainya. Nabi Muhammad merupakan cerminan dari al-Quran.

Saidatina Aisyah r.h ketika ditanya tentang akhlak (perilaku) Rasulullah saw. menjawab, “Akhlaknya adalah al-Quran”.

Melalui baginda juga telah diajarkan sifat pimpinan yang cemerlang dimana seorang pemimpin yang hatinya hidup akan selalu merindukan kebaikan, keselamatan, kebahagiaan bagi yang dipimpinnya.

Sabda Rasulullah saw. “Sebaik-baik pemimpin kalian ialah yang kalian mencintainya dan dia mencintai kalian. Dia mendoakan kebaikan kalian dan kalian mendoakannya kebaikan. Sejelek-jelek pemimpin kalian ialah yang kalian membencinya dan ia membenci kalian. Kalian mengutuknya dan ia mengutuk kalian.”

Demikian itu, untuk memilih pimpin yang yang dicintai dan dihormati bukanlah hanya berdasarkan populatitinya, nama mahupun rupa paras tetapi apa yang penting adalah kemampuannya al-Qawiy (kuat atau mampu) dan al-Amin (amanah atau bertakwa).

“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).

Melalui baginda Nabi telah telah diajarkan sifat pimpinan yang cemerlang dimana seorang pemimpin yang hatinya hidup akan selalu merindukan kebaikan, keselamatan, kebahagiaan bagi yang dipimpinnya.
Sabda Rasulullah saw. “Sebaik-baik pemimpin kalian ialah yang kalian mencintainya dan dia mencintai kalian. Dia mendoakan kebaikan kalian dan kalian mendoakannya kebaikan. Sejelek-jelek pemimpin kalian ialah yang kalian membencinya dan ia membenci kalian. Kalian mengutuknya dan ia mengutuk kalian.”

Pemimpin yang baik adalah yang bertanggungjawab dan kasih kepada orang yang dipimpinnya. Manakala fikirannya yang berpandangan jauh boleh membantunya menghalusi kebajikan ahlinya. Ketokohan yang ada pada diri baginda inilah yang perlu kita teladani bagi mencari pemimpin bagi komuniti kita pula. Mencari pemimpin adalah penting kerana sehingga baginda sendiri menyarankan umatnya untuk mencari pemimpin walaupun untuk tujuan bermusafir.

Perlu diingat bahawa pemilihan pemimpin amatlah penting bagi menjamin kemaslahatan semua yang berada dalam komuniti tersebut. Tidak wajar sekali jikalau pilihan yang dibuat hanyalah berdasarkan atas paras rupa dan sebaris namanya sahaja.

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

Lantas kesan undi yang diberi harus dihalusi akan kesannya kepada komuniti jikalau pemilihan yang sambil lewa diberikan kepada mereka yang lemah.

Berkata Imam Ibnu Taimiyah Rahimullahu Ta’ala, “ Wajiblah diketahui bahawa mentadbir urusan muslimin, merupakan kewajiban agama yang paling besar. Malah urusan agama dan dunia tidak akan dapat dilaksanakan tanpanya. Sesungguhnya kemaslahatan keturunan Adam tidak akan sempurna melainkan dengan perkumpulan, di mana sebahagiannya berhajat kepada bantuan sebahagian yang lain. Apabila mereka berhimpun, mereka perlu kepada seseorang yang memimpin.”

Kredit: Asiah Ummu Hasniah bt Md Abu Hassan
Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan(JPC) Zagazig